Bina Lapangan Terbang STOLport

di Bebuling, Spaoh

10 April 2021
Image

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menepati janjinya untuk membina lapangan terbang landasan pendek (STOLport) di Bebuling, Spaoh di Betong. “Hari ini saya menunaikan janji untuk membina lapangan terbang (STOLport) di Spaoh. Pembinaan lapangan terbang ini penting kerana tempat ini akan menjadi ‘food basket’.

Image Image

“Malah kawasan ini juga kita bangunkan dengan Agro Park untuk menghasilkan makanan dan ini boleh kita jual terus ke pasaran. “Pasaran ini bukan sahaja di Betong, tapi juga di luar negara dan sebab itu kita bina lapangan terbang ini,” katanya ketika berucap pada majlis lawatan kerja Program Janji Ditepati di Dewan Masyarakat Spaoh, Betong hari ini.


Image Image

Beliau yakin dengan siapnya lapangan terbang STOLport di Bebuling, Spaoh ini, ia akan meningkatkan potensi pelancongan di kawasan ini.

Sarawak General Hospital Receive Patient Monitor from

D.A.L Keluarga Realty Sdn. Bhd.

19th May 2020
Image

Handing over 1 unit of Phillips Efficia CM10 to Sarawak General Hospital by DAL Keluarga Realty Sdn. Bhd. Director, Encik Nazrul Hayat Bin Ahmad. We hope this assistance will go a long way to reduce shortage of such equipments in Sarawak General Hospital.

Sarawak Frontliners Receive PPE from

D.A.L Keluarga Realty Sdn. Bhd.

21st April 2020
Image

D.A.L. Keluarga Realty Sdn. Bhd. represented by its Managing Director handing over 100 pieces of PPE (Personal Protective Equipment) to Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak Director on behalf of Sarawak General Hospital as part of the company CSR activities and at the same time in response to calls from Director General of Health, Ministry of Health Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah for more PPEs for frontliners.

Perasmian Projek Menaiktaraf Jalan Kpg Seberang Sarikei oleh Menteri Kerja Raya Malaysia

7 Februari 2020
Image

Penduduk Sarikei dan sekitarnya mendapat manfaat apabila Jalan Kampung Seberang, Sarikei sepanjang 3.2 kilometer telah siap dinaiktaraf daripada 2 lorong 2 hala (piawai JKR R3) kepada jalan 4 lorong 2 hala (piawaian JKR U5).

Projek Menaik taraf ini telah mula dilaksanakan pada Mei 2017 dan telah siap sepenuhnya pada 13 Oktober 2019 dengan kos keseluruhan berjumlah RM48.36 juta. Projek ini turut dilengkapi dengan pembinaan satu (1) jejambat pejalan kaki, menaik taraf satu (1) persimpangan lampu isyarat, membina dua (2) persimpangan baharu lampu isyarat dan menyediakan lay-by bagi kegunaan bas.

Image Image

Justeru, satu Majlis Perasmian Projek Menaik taraf Jalan Kampung Seberang, Sarikei, Sarawak telah diadakan dan disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian. Projek menaik taraf ini memudahkan perjalanan penduduk setempat ke Hospital Sarikei selain sebagai jalan penghubung kawasan perumahan, rumah kedai, sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat lain di sekitar Bandar Sarikei. Projek ini juga mampu menampung aliran trafik tinggi dan mengatasi kesesakan trafik di jalan sedia ada pada waktu puncak dan musim perayaan.

ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG 2018

20 April 2019
Image

D.A.L. Keluarga Realty Sdn. Bhd. telah dinobatkan sebagai Kontraktor Cemerlang 2018 Kategori G7 pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak.

Image Image

Turut hadir adalah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Muda Perhubungan Korporat Abdullah Saidol, Presiden PKMM Datuk Mokhtar Samad dan Yang Dipertua PKMM Sarawak Datuk Ismail Suut.